Friday 6 December 2013

Persepsi



Friday 22 November 2013

Ulama' memimpin?

Kerencaman dunia politik hari ini persis peperangan pada zaman dahulu yang penuh dengan tipu helahnya. 


Jika dalam perang, kita memerlukan seorang jeneral yang berkemampuan membaca gerak geri musuh dan mengatur strategi yang boleh menjamin kemenangan. Seorang ulama' yang tinggi ilmu agamanya tidak semestinya sesuai untuk menjadi jeneral (kecualilah dia telah mempersiapkan dirinya dengan ilmu peperangan dan telah terbukti kebijaksanaan dalam mengatur strategi). 


Begitu jugalah dalam dunia politik hari ini. Mensyaratkan jawatan2 tertinggi parti untuk mereka yang bergelar ulama' bukanlah sesuatu yg bijak atas sebab yang sama. Kelayakan seseorang untuk memimpin seharusnya berdasarkan merit kepimpinan, dan bukan labelan profesional atau ulama' pada dirinya. 


Sunday 29 September 2013

Dr Lelaki menyambut kelahiran?

Dalam keadaan sistem kesihatan yang masih belum menyokong dan bersedia mewujudkan'women only staff' untuk kes kelahiran, adalah kurang wajar untuk mewajibkan isteri kita dirawat oleh staf perempuan dlm apa jua keadaan. 

Dalam keadaan sekarang, ada kalanya rawatan kecemasan yg diperlukan adalah daripada pakar yg bertugas, yg secara kebetulannya adalah lelaki. Menidakkan rawatan doktor pakar lelaki tersebut adalah suatu kezaliman kerana ianya  bakal membahayakan isteri dan anak. Bukankah tujuan syariat (maqasid syar'iyyah) yang paling utama adalah menjaga nyawa? 

Adalah lebih elok sekiranya permintaan tersebut dibuat dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kelancaran perjalanan jabatan, dengn memungkinkan permintaan tersebut ditolak seandainya keadaan mendesak. 

Ulama' Dunia

Karl Marx tidak salah dalam pemerhatiannya yg mengatakan bahawa agama adalah candu dlm masyarakat kerana di setiap tempat dan masa, terdapat watak2 agama yang menonjolkan agama dalam wajah yang buruk. Agama dijadikan justifikasi untuk seribu satu kezaliman dan kelemahan pemerintah terhadap rakyat. 

Eropah pernah melaluinya pada zaman pertengahan. Sekarang di Arab Saudi, kita ada ulama2 pengampu yang tugasnya hanya mengeluarkan fatwa mempertahankan kerajaan Bani Saud, di Malaysia pun kita punya ahli agama yg memegang watak yg sama. Siapakah dia?

Saya pasti anda punya jawapannya. 

Konflik di Syria

Ada orang tanya saya tentang konflik Syria. 
Ini pendapat saya. Konflik Syria pada mulanya bukanlah konflik antara Mazhab Syiah dan Sunni. Namun ada 'tangan-tangan ghaib' yang telah menjadikannya sedemikian rupa untuk kepentingan sekutu mereka. Baca ulasan saya di bawah. 

1) Presiden Bashar Al Assad- walaupun agama rasminya Syiah Alawiyah, dia adalah seorang berfahaman sekular (sosialis nasionalis Arab-Parti Baath Syria). Ideologi yg sama dengan Parti Baath   Iraq (Saddam Hussein) dan Gamal Abdul Naser (Mesir). Taktik tentera Syria yg menyuruh tawanan perang mereka mengaku bahawa Bashar Al Assad adalah Tuhan, adalah sama dengan cara penyeksaan mental yg dilakukan terhadap ahli Ikhwan Muslimin Mesir pada zaman Gamal Abdul Naser. Seseorang Syiah tulen tidak akan melakukan perkara sedemikian.

2) Walaupun berfahaman sekular, kebencian mereka terhadap Israel amat kuat. Mana2 kumpulan yang menentang Israel diberikan bantuan oleh Syria. Hamas (Sunni) adalah antara kumpulan yg dibenarkn beribu pangkalan di Syria, tatkala negara lain yang bersekutu dengan Amerika menghalang Hamas. 

3) Yang beria-ia menyokong Free Syrian Army (golongan yg memberontak melawan Bashar Assad) adalah Arab Saudi. Arab Saudi juga menaja kumpulan mujahidin yg berperanan menjadikan 
perang melawan Bashar menjadi perang Sunni dan Syiah. Ini dinyatakan sendiri oleh golongan FSA, yg tidak bersetuju dengan pendekatan kumpulan mujahidin tajaan Saudi. Siapa yang untung dlm konflik di Syria yang kini telah menjadi perang Mazhab? Jawapannya tentulah Israel yang menjadi sekutu rapat Amerika. Usaha Arab Saudi ini, sememangnya apa yg dihasratkan oleh Israel. 

3) Ikhwan Muslimin dilihat sebagai musuh oleh regim Arab Saudi kerana bimbang kumpulan yang sama akan meraih sokongan di negara tersebut dan menjatuhkan regim korup Bani Saud yang terkenal dengan sifat hipokrit mereka Eg. Acting pious at home, partying hard abroad. Kumpulan ini juga telah dihukum sesat oleh ulama' negara tersebut. Lihat sahaja konflik di Mesir tatkala golongan kudeta membunuh ribuan rakyat Mesir, apa reaksi Arab Saudi? Mereka menyokong malah berjanji untuk memberi bantuan kewangan kepada golongan kudeta. 
Namun yang menjadi kehairanan kita adalah golongan yg memujuk dan memberi bantuan kewangan dan ketenteraan kepada Ikhwan Muslimin Syria untuk mengangkat senjata melawan Bashar juga adalah Arab Saudi. Tentunya ada muslihat tersembunyi disebalik sokongan ini. 

4) Lojikkah seorang Presiden yang memerintah rakyatnya yang hanya 17 peratus Syiah, dan selebihnya Sunni melancarkan perang terhadap glgn majoriti tersebut. Ia bukanlah tindakan yg bijak. Sekalipun beliau mungkin menang, apa yg beliau dpt? 

Seperti biasa, tentu ada golongan salafi wahabi parti tertentu yg akan menuduh saya sebagai Syiah yang bertaqiyyah sebagai Sunni. Senang.. Tak perlu bukti. 

Monday 9 September 2013

Nombor2 penting

No Telefon Penting

KECEMASAN

Polis & Ambulan   999
Kebakaran 994
Pertahanan Awam 991
Dpd Telefon Bimbit 112
TNB 15454
Telekom (kerosakan) 100
Operator - Domestic 101
Permintaan No Telefon 103
Perkhidmatan Telegram   100
Operator - Antarabangsa 101

BADAN BERKUASA TEMPATAN

JABATAN KERAJAAN
Bank Negara 03 2698 8044
Bukit Aman 03 2262 6222
Customs 03 6201 6088
Domestic Trade 03 2274 2100
Foreign Affairs 03 8887 4000
Home Affairs 03 8886 8000
Sumber Manusia 03 8886 5000
Jabatan Hasil 03 6201 7055
Meteorology 03 7958 7422
Pendaftaran Perniagaan
Pendaftaran Syarikat
Jabatan Haiwan 03 2094 0077

SYARIKAT KEMUDAHAN UTILITI
Alam Flora 03 2052 7922
Indah Water 1 800 88 3495
Pos Malaysia 03 2274 4141
Telekom 03 2020 9494
Tenaga Nasional 03 2282 5566

MAKLUMAT PENERBANGAN

PENERBANGAN
Aeroflot 03 2161 3231
AirAsia 03 7651 2222
Air India 03 2614 2166
Berjaya Air 03 2145 2132
Cathay Pacific 03 2078 3377
Japan Airlines 03 2161 1700
Royal Brunei 03 2070 7166
Thai Airways 03 2031 1900

PERKHIDMATAN TAXI RADIO
Comfort 03 8024 2727
KL Teksi 03 9221 8999
Persatuan Radio 03 2693 6211
Public Cab 03 6259 2020
Radio Cab 03 9221 7600
Saujana 03 2162 8888
Silvertop 03 4023 1267
Supercab 03 7875 7333
Sunlight 03 9058 9986
Teletaxi 03 9221 1011

PENGANGKUTAN
Intrakota 03 7726 2944
KL Sentral Station 03 2279 8888
Plusliner 03 2272 1586
Putra LRT 1 800 38 8228
Star LRT 1 800 38 8288

RADIO
Era 103.3 03 9543 3355
Hitz FM  92.9 03 9543 3311
Light&Ez 105.7 03 9543 3333
Mix FM   94.5 03 9543 3322
MyFM  101.8 03 9543 3366
Radio 1  98.3 03 2282 2484
Radio 4  90.3 03 2282 5491
Radio 5  89.3 03 2288 7266
Radio 6 92.3 03 2288 7279
Radio KL  97.2 03 2282 5445
R Muzik 88.5 03 2288 7676
Red104.9  104.9 03 4043 1049
Redi 988  98.8   03 4042 0988
THR   99.3 03 2720 9993
WOW 97.6 03 7955 7969

HELPLINE
1 Stop Crisis Center 03 2615 3333
Befrienders 03 7956 8144
Buddies of Ipoh 05 546 7633
Talidera 1 800 88 3040

ISPs
Celcom.net 019 300 0900
Maxis Net 1 300 82 1512
Timenet 03 2710 6200

OPERATOR MOBIL

KAD KREDIT
Citibank 03 383 0000
Diners Club 03 2161 1055

ADUAN AWAM
Biro Pengaduan 03 8888 7777
MCA Hotline 03 6258 9323
MCA PSC Dept 03 2163 2305
Malay Mail Hotline 03 2282 1002

MAKANAN
Domino's 1 300 88 8333
MacDonalds 1 300 13 1300
Pizza Hut 1 300 88 2525

TEMPAHAN PANGGUNG WAYANG

STATION TV

LAIN-LAIN
AAM Breakdown 03 2161 0808
Bar Council 03 2691 1698
SUHAKAM 03 2612 5600

HOSPITALS
Ampang Puteri 03 4270 2500
Assunta 03 7782 3433
Damansara 03 7722 2692
Gleaneagles 03 4257 1300
HeartScan 03 2287 0988
Institut Jantung 03 2698 1333
Mont'Kiara 03 2382 3500
Pantai Cheras 03 9132 2022
Pantai Medical 03 2296 0888
Selayang 03 6136 7788
Sentosa 03 4043 7166
Sunway Medical 03 7491 9191
Tawakal 03 4023 3599
Tung Shin 03 2072 1655
Tun Hussein Onn 03 7956 1511
University PJ 03 7956 4422

DUTA KL
Australia 03 2146 5555
Bangladesh 03 2148 7940
France 03 2053 5500.
Germany 03 2142 9666
Indonesia 03 2142 1151
Korea (South) 03 4251 2336

Monday 17 June 2013

Financial tips

As a newly graduates you will usually find it difficult to manage your financial.
This will be your first time receiving a considerably big amount of money for your salary.

This chapter will give you few tips that we deemed beneficial. 

1) Know where your money goes 
It must have happened to everyone at some point in life, that we do not know where the money from our salary goes to. Our money does not even last till the next date of our salary. To prevent that from happening again and again, we would recommend you to document every single transaction (in and out) every day. This task will be much easier if you have smartphone (which most of us have these days). You can just download pocket expense which will cost you a few bucks. With that, you can track down your incomes and expenses. 


Picture 1: Printscreen of pocket expense in action 

If for example you have had an emergency that require you to spend considerable amount of money on something that you usually dont eg.cost of hospitalisation, you will be more cautious on bleeding your money elsewhere as you know the amount of money left for that month.

2) Savings 
Most writers on self financial management would recommend a portion of 10 per cent of your salary for your savings. The very first thing that you have to do after receiving salary every month is  to put aside the 10 percent to an account not easily accessible eg. Tabung Haji, Unit trust (asb/public mutual). So, every month you will only have 90 percent of your salary to spent on. 

3) Emergency account
Another 5-10 percent is for emergency fund. Try if possible not to use this. The money from this account is only for emergency. Every month we will have to spent on something outside our budget for unforeseen circumstances eg. car involved in small accident, and you decided not claim as it will affect your No Claim Bonus in your car insurance policy. 
With this fund, you would be able to fork out the unused fund from previous month  for the unforeseen circumstances. 

4) Marriage
Marriage will give you financial strain. Start planning as early as possible so that you can avoid unnecessary personal loan. 

The usual budget needed for a marriage these days is around 40-60 thousands (try to minimise this) but you can easily calculate yours using a simple calculator provided by this website http://bajetkahwin.my/  that we think useful.

If you are planning to get married in 2 years time and your budget for it is around 40k, the amount needed is around 40k/24 = RM 1666 a month. This amount might looks big, but for a fresh graduates without much financial commitment, this is easy to achieve. Plus  as a house officer, you don't really have time to spent the money. Some might resort to some easier option eg.personal loan. However, if possible try not to use this, as you still need them for something much more beneficial financially in the future (e.g deposit for house, buying a piece of land).
 
5) Car
The usual mistake made by fresh graduates is buying luxury car (above 80k) . Yes, we do admit that initially, being single without much financial commitment, spending around 1500-2000 a month on car loan seems affordable. But you also to remember, once you buy the car, the loan committment is at least 7-9  years. By 9 years you will have more financial commitments. You might married few years after started working, and getting few children few years later and believe me, this require a lot of money. So think wisely before buying a car. Some people argue that, you can always sell the luxurious car if you can no longer afford it. But remember, value of a car depreciate 10-15 percent a year. Car loan is similar to personal loan. It is not like home loan where the yearly interest depends on the amount of principal loan. To put it in simple words, the interest amount that you have to pay, reduce by year. There is also option for you to pay the principle loan earlier so that the interest would be lesser.

Personal loan on the other hand  is different. The yearly interest that you have to pay is the same every year. It is based upon the original amount that you borrow from the bank. There is also no option to settle the principal loan earlier like home loan. No matter how fast you settle your car loan, the total interest that you have to pay the bank is still the same if you settle it as stipulated in the agreement. If for example, the car loan is 3% for a period of 9 years, total interest that you have to pay to the bank is 27% of the loan amount. If your loan is RM 100 000, the total amount that you have to pay to the bank is RM 127 000 (including the interest).This is also the amount that you have to pay the bank even if you make full settlement within 2/3 years of your loan (you sell it to someone).

If you pay monthly RM 1200 for 24 months, the total amount that you pay to the bank (RM 28 800) . Your car value would depreciate 20-30% from the original price (RM 70 000 -80000). As you have paid 28,800, the amount of loan that you still have to pay the bank is RM 127 000-28 800 = RM 98 200. So if you able to sell the car to someone at a price tag of 80000, you still have to pay the bank RM 18,200 !

6) House
Buying a house is indeed a very critical decision that we have to make in life. Any mistake will make us suffer for the next 20-30 years (loan tenure). So, before deciding on buying your own house, you better equipped yourself with knowledge.
As houses' price appreciate so much these days, some people would have thought that it is  better for us to buy a house rather than renting. Even though the monthly commitment is much higher than renting a house/room, we will ended up owning the property. 

However, there are few things that we have to consider before buying a house.
If you decide on buying a house, make sure that the property is rentable as you might not be able to stay there for long.  As a house officer, you will most probably ended up elsewhere after you finish housemanship (current KKM policy). 
Make sure that there is someone to look after the house, in case you need to move elsewhere. A rentable house is also appreciates faster, much easier to be resold and  just in case you can't keep it. 

Even if you manage to rent the property, you still need someone to be the landlord on your behalf. So buying a house near to your family, would be a good idea.

Buy a house that has the potential to appreciate the most. Strategic location, planned housing area are among the few things that you have to consider. Buying property investment books would be a good idea.

Price? Is it worth it. Kindly get some advice from property valuer before buying a property. If you are buying a property that is valued lower than its price, you will have problem in securing loan from bank.

How to fund your purchase ? As a house officer you are not eligible for government home loan yet. You need to get your loan from banks or building society. The question now is which loan and which bank? 
Advertised personal loan might seem attractive to you. The current offered rate is usually around 3%. Home loan on the other hand might look more expensive. The rate is around 4.1-5.5 % (it is usually advertised as BLR-2.xx %, as the current BLR for most bank is 6.6, the current interest is around 4.xx%) However, the interest calculation for these two loans differ. For personal loan, the yearly interest is charged based on the principal amount borrowed, while for home loan the interest rate is based on the principal amount left. In simpler word, your interest reduce every year for home loan. For that reason, personal loan is much more expensive compared to home loan. So, you should never ever take personal loan to fund your house purchase! 
Once you have found your ideal house, apply for loan to as many banks as possible and choose the one that give you the best rate. Negotiate with them. 
But, if you can wait till you get your job confirmation, government home loan is still simply the best option as the interest is only at 4%. 

7) Being a house officer means you are still not a confirmed government servants. You will not enjoy some of the privileges enjoyed by government officials. If any catastrophy befalling you, like a motor vehicle accident that caused total disability, as a government servant you should be able to get 'illat pension'. However, as a non comfirmed government officials, you will not get this. You will only get all your EPF savings (contribution made by you and the government), which is a very small amount. Because of that, we would recommend  a life insurance. Get ready for the worst case scenarios. 






Wednesday 1 May 2013

Saya bukan ahli politik

Saya bukanlah ahli politik. Jauh sekali untuk bertanding sebagai calon dalam Pilihanraya. Namun itu tidak menghalang saya untuk berperanan ke arah pembentukan negara Malaysia yang lebih maju dan berjaya pada masa akan datang.

Ada orang tanya saya, "Doktor ni kempen terang-terangan kat facebook, tak takut kena tindakan ke?". Ya, saya juga takut seperti orang lain. Saya juga khuatir, tindakan saya ini akan menyebabkan saya ditukarkan ke kawasan pedalaman. Mungkin ada yang berfikir saya lebih wajar berdiam diri kerana sudah punya kerjaya dengan gaji yang agak baik, punyai kereta dan rumah, apa lagi yang dimahukan?

Namun, berdiam diri bukanlah satu pilihan, kerana hidup ini bukanlah hidup saya seorang. Saya ada isteri dan anak yang perlu difikirkan kemaslahatan mereka, baik sewaktu saya masih di sisi mereka ataupun sewaktu saya telah tiada nanti. Harapan diri ini hanyalah untuk melihat negara Malaysia yang lebih sejahtera dan makmur pada masa akan datang untuk zuriat keturunan saya.

"Alah, buat apa mengundi doktor. PH dan BN same je. Dua-dua akan guna kuasa untuk mengayakan kroni".

"Saya tak mahu mengundi. BN terlalu korup. PH pula tak begitu meyakinkan. Kenapa perlu dinaikkan lagi orang tua umur 93 tahun tu? "

Anda tentu pernah dengar dialog-dialog sebegini. Dialog yang mewakili golongan atas pagar yang tidak mengundi dalam pilihanraya.

Ya, saya setuju bahawa dalam BN atau PH, pasti ada golongan opportunis yang menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi, kerana 'magnet' kepada puak-puak ini adalah kuasa. Mereka akan menempel pada parti yang dirasakan berpeluang untuk menang.

Namun saya lebih suka melihat pilihanraya kali ini bukanlah kepada pemilihan untuk menukar pemerintah dari Parti A kepada parti B semata-mata. Ia adalah usaha kita untuk sama-sama mewujudkan iklim politik yang lebih sihat dan baik untuk memacu kemakmuran. Tidak kiralah sesiapa yang memerintah, iklim yang baik inilah yang akan memastikan mereka (pemimpin politik) memberikan yang terbaik untuk kita.

Seperti yang kita semua sedia maklum, suasana politik Malaysia hari ini masih banyak kelemahannya yang perlu untuk kita sama-sama baiki. Pihak yang berkuasa sekarang (Barisan Nasional) mempunyai penguasaan penuh terhadap media massa seperti TV, dan akhbar perdana. Segala berita yang menceritakan kebaikan Pakatan Harapan (PH) digelapkan terus. Yang ditonjolkan hanyalah kelemahan PH dan kebaikan BN. Tanpa maklumat dari kedua-dua belah pihak, bolehkah rakyat Malaysia membuat pilihan yang terbaik? Untuk pembelian sesuatu produk, kita pastinya ingin mendapatkan maklumat kelebihan/kekurangan sesuatu jenama sebelum membuat pilihan, maka dalam proses memilih kerajaan, mengapakah kita tidak mahu mengambil proses yang sama? Untuk mereka yang punya akses internet yang lebih terdedah dengan info dan maklumat dari PH, mungkin tidak menjadi masalah, namun adilkah sistem sekarang kepada orang-orang kampung, yang hanya mengharapkan maklumat daripada kaca-kaca televisyen dan dada akhbar? Satu undi saya untuk Pakatan Harapan adalah untuk media yang lebih adil, untuk membolehkan semua membuat keputusan yang terbaik.

Alhamdulillah, daripada tahun 2004 hinggalah 2009 saya diberikan kesempatan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Perubatan ke England. Atas kesempatan itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang diterajui Barisan Nasional. Saya yakin apa yang dimahukan daripada kami selaku pelajar adalah manfaat dan kebaikan yang boleh dicedok semaksimum mungkin daripada negara orang putih itu untuk dibawa pulang ke Malaysia. Di England, dua buah parti utama yang saling silih berganti adalah parti 'Labour' dan 'Conservative'. Sistem ini dipanggil sistem dua parti 'two party system'. Kedua-dua parti ini saling bersaing untuk memberikan yang terbaik buat rakyat. Mereka juga berlumba-lumba mendedahkan segala salah laku yang dibuat oleh pihak lawan. Mana-mana parti yang dilihat kurang berkesan peranannya sebagai kerajaan, akan dihukum pada peti undi. Atas sebab itulah, sebarang bentuk salah laku amat dipandang berat oleh parti pemerintah kerana ia boleh saja membolehkan parti tersebut kehilangan tampuk kuasa. Sebarang salah laku yang dilakukan pasti menyebabkan orang yang terlibat meletakkan jawatan hasil tekanan daripada rakan seperjuangan serta pihak lawan. Bukankah ini cara terbaik untuk mendisiplinkan ahli politik?

Namun, di Malaysia, hal yang sama tidak berlaku. Akibat daripada penguasaan satu parti sahaja (Perikatan dan BN) sejak merdeka, salah laku dan penyalahgunaan kuasa adalah sesuatu yang biasa yang diterima. Ahli-ahli politik yang didapati bersalah mengamalkan rasuah boleh saja diberi peluang untuk menerajui GLC (government linked company) adalah sebahagian daripadanya. Kita semua tahu kepincangan ini namun, akibat tiadanya pembangkang (sebelum PRU 13) yang betul-betul berkaliber, rakyat tiada pilihan melainkan Barisan Nasional untuk terus menerajui negara. Maka undi saya kali ini kepada Pakatan Harapan, adalah untuk membolehkan sistem dua parti berjalan di Malaysia. Sekiranya terbukti PH gagal melaksaknaan janji reformasi pentadbiran yang mereka canangkan, kita akan hukum mereka pada PRU ke 15 nanti.

Maka undi saya kali ini adalah untuk iklim politik yang kebih baik.


P/s Saya tidak komen tentang PAS kerana merasakan mereka bukan lagi saingan kepada BN atau PAS untuk kepimpinan negara.

Tuesday 19 March 2013

Jubah Ad Dafah dan ISMA

Sewaktu saya masih tingkatan 2, ayah saya yang berpeluang mengerjakan umrah, menghadiahkan saya sehelai jubah berjenama Ad Dafah. Kata ayah ia adalah satu jenama terkenal. Dengan jahitan yang kemas dan pilihan fabrik yang berkualiti, tiada sebab untuk saya tidak jatuh cinta dengan jubah tersebut.

Namun, jodoh kami tidak lama, Hasilnya, jubah jenama lain yang walaupun masih baru namun tampil mengikut trend terkini, lebih terkenal dan berjaya berbanding Ad Dafah.

Entah kenapa saya teringatkan ISMA disebabkan beberapa persamaan yang ada antara keduanya. Seebuah NGO yang me'marketkan' entiti mereka sebagai Ikhwanul Muslimin Malaysia yang mengekalkan 'asolah' yakni keaslian dakwah Ikhwanul Muslimin Mesir. Suatu kumpulan yang dulunya duduk sebumbung di bawah Jamaah Islah Malaysia (JIM) namun telah bermufarakah atas penyimpangan JIM daripada manhaj asal Ikhwan Muslimin (ini dakwaan mereka).

Pengalaman saya dengan mereka bermula ketika saya masih belajar di United Kingdom (UK). Majlis Syura Muslimin (MSM) yang merupakan sebuah gerakan dakwah pelajar di UK&Eire yang sinonim dengan Jamaah Islah Malaysia (JIM) , kelihatan terpecah kepada dua kelompok sejak sekitar tahun 2005-2006. Satu kelompok yang moderat dan satu kumpulan yang lebih 'syadid'/keras dalam pendirian agama mereka. Kumpulan yang lebih 'syadid' ini antara lainnya menolak penglibatan dalam politik demokrasi atas alasan tidak syarie. Naqib dan naqibah mereka juga begitu gigih menghalang anak-anak buah mereka daripada menghadiri program gerakan dakwah pelajar yang lain. Hasilnya adalah golongan manusia yang bertarbiyah, namun mempunyai pandangan yang tertutup terhadap gerakan-gerakan dakwah lain.

Setelah pulang ke Malaysia, barulah saya mengerti tentang dua kumpulan dalam MSM ini. Salah satunya adalah mewakili JIM (kini Ikram), dan satu lagi mewakili pecahan JIM iaitu ISMA. Pecahan yang mewakili ISMA inilah yang kelihatan lebih 'syadid' dan rigid dalam gerak kerja dakwah mereka.

Saya ada beberapa sebab kenapa tidak bersetuju dengan pendekatan 'rigid' ISMA dan lebih selesa dengan pendekatan dinamik yang diambil oleh gerakan Islam lain seperti PAS, Ikram dan Abim. Memang tidak dinafikan, PAS sememangnya banyak terkesan dengan kerangka pemikiran Ikhwan Muslimin. Banyak pimpinannya yang menerima tarbiyah secara langsung daripada Ikhwan, antaranya termasuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Allahyarham ustaz Hassan Syukri, Ustaz Yahya Othman. Namun, meraikan perbezaan waqi' yang ada di Malaysia, PAS dalam beberapa hal terutamanya dalam bab politik tidak mengikut secara bulat-bulat pendekatan yang diambil oleh Ikhwan.

Pas juga dilihat lebih terkehadapan dalam inovasi politik antaranya ialah konsep 'Tahaluf Siyasi'/kesepakatan politik dengan golongan yang tidak bermatlamatkan Islam sebagai strategi pilihanraya yang mula dipelopori pada akhir 1980an oleh Allahyarham Fadzil Noor. Sesuatu pendapat yang agak asing bagi gerakan-gerakan islam di era 1980an, namun telah menjadi strategi yang diguna pakai hampir di seluruh dunia Islam kini.

Gerakan Nahdhah menang di Tunisia, dan Ikhwan mll Parti tajaan mereka berjaya menguasai Mesir. PAS pula dengan tahaluf siyasi yang dibuat berjaya mendekati masyarakat bukan Islam dan meruntuhkan tembok Islamophobia yang cuba dibina sekian lama oleh parti pemerintah. Dengan slogan PAS for all, Islam for all, semakin ramai orang bukan Islam yang menyokong dasar Islam Pas melalui penyertaan mereka ke dalam dewan himpunan penyokong PAS. Suatu fenomena yang mungkin tidak pernah kita bayangkan satu masa dahulu. Tidak mustahil suatu hari nanti, kita mungkin boleh melaksanakan hukum Islam apabila mendapat dokongan yang kuat daripada golongan muslim serta non muslim di Malaysia.

Namun, gerakan ISMA yang aktif memasarkan diri mereka sebagai Ikhwanul Muslimin Malaysia, kelihatan begitu rigid dalam pendekatan dakwah mereka. Akibat kurangnya pendedahan terhadap gerakan dakwah lain, setiap perbezaan dilihat sebagai penyimpangan daripada manhaj Ikhwan, walaupun terkadang kala perubahan itu adalah keperluan untuk kekal relevan. Mungkin disebabkan cara pandang yang rigid inilah, gerakan islam lain yang mengambil pendekatan yang berbeza dalam sesuatu perkara, dengan mudah dilabel sebagai liberal, menyimpang dari 'asolah dakwah', sosialis etc. Mereka gagal melihat perubahan yang dibuat adalah inovasi yang perlu untuk memastikan sesebuah gerakan terus kekal relevan mendepani cabaran semasa.

Jika sebelum ini mereka enggan melibatkan diri dalam politik atas alasan tidak syarie, namun kini setelah bermulanya penyertaan Ikhwan dalam arena politik Mesir secara serius, mereka kini dilihat beriya-iya menyertai pilihanraya dengan seruan Melayu Sepakat Islam berdaulat serta saranan untuk memilih calon muslim berwibawa dalam seruan 'Arus Baru' mereka. Jika gerakan Islam seluruh dunia, tanpa masalah menerima tahaluf siyasi sebagai strategi, mereka dilihat begitu berusaha untuk mengguna pakai pendapat ulama' yang popular pada tahun 1980an, dan menolak tahaluf siyasi atas alasan tidak syarie. Hasilnya, gagasan dibawa mereka yang ditumpukan kepada orang Melayu, kelihatan begitu sempit, yang menafikan sifat Islam itu sendiri yang merupakan rahmatan lila'lamiiin. Ia adalah satu langkah terkebelakang jika dibandingkan dengan apa yang telah dapat dicapai oleh PAS di Malaysia dan gerakan-gerakan Islam lain di seluruh dunia. Saya amat bersetuju dengan Dr Maza dalam forum di Kelantan baru-baru ini yang menyebut bahawa pendekatan Isma ini adalah pendekatan gerakan Islam yang belum matang sekitar tahun 1980an.

Nasihat saya, bersedialah untuk berubah untuk kebaikan ummah. Tanpa inovasi dan perubahan, ISMA mungkin bakal menghadapi nasib yang sama seperti jubah Ad Dafah!



Thursday 28 February 2013

Saturday 23 February 2013

Masalah utama UMNO: Keengganan untuk bersaing secara sihat

Hizbi adalah merupakan gerakan pelajar di United Kingdom dan Republic Ireland yang di taja oleh PAS yang mula ditubuhkan pada akhir 1980an. Melalui gerakan inilah PAS merekrut dan melahirkan pelapis kepimpinan mereka daripada golongan terpelajar. Ia adalah merupakan satu tindakan yang strategik ke arah menjadikan PAS sebagai parti yang didokong oleh golongan profesional. Saban tahun, pengaruh gerakan pelajar ini semakin kuat sehingga memaksa UMNO  mengambil tindakan yang drastik dengan mengharamkan Hizbi pada tahun 2003 di Loch Lomond.

Secara kasarnya, mungkin tindakan ini dilihat sebagai tindakan bijak yang menguntungkan UMNO. Namun, jika diteliti, ia adalah strategi yang memberikan kerugian besar kepada UMNO untuk jangka masa panjang. Jika sebelum pengharaman, UMNO berpeluang memantau pergerakan Hizbi dengan mudah, pengharaman yang memaksa gerakan pelajar PAS tersebut bergerak secara 'underground' telah menyukarkan mereka berbuat demikian. Mereka juga yang sepatutnya berpeluang menjadikan Hizbi sebagai 'benchmark' saingan untuk Kelab UMNO luar negara dalam melahirkan kepimpinan pelapis, telah kehilangan peluang keemasan tersebut sebaik sahaja Hizbi diharamkan. Tanpa persaingan yang sihat, Kelab UMNO luar negara berubah menjadi kelab 'syok sendiri' yang fungsinya tidak lebih daripada kelab sosial tanpa menawarkan nilai-nilai tambah kepada ahlinya. Hizbi dalam keterbatasan pergerakan secara 'underground' pula telah berevolusi menjadi gerakan yang lebih tersusun dan cekap, yang menawarkan pembinaan sakhsiah dan latihan kepimpinan, yang tidak ada pada Kelab UMNO. Tidak hairanlah, sebahagian ahli-ahli yang direkrut gerakan pelajar PAS ini adalah terdiri daripada anak-anak pimpinan UMNO sendiri. Aktivis Hizbi juga dilihat sebagai golongan yang dizalimi sikap 'double standard' UMNO dalam soal penglibatan pelajar dalam politik yang menambahkan bilangan simpatisan kepada gerakan tersebut.

Inilah contoh kegagalan UMNO. Kegagalan yang bertitik tolak daripada cara pandang yang salah terhadap persaingan. Persaingan yang hanya dilihat sebagai ancaman dan bukannya sebagai satu motivasi untuk memperbaiki parti. Tidak keterlaluan rasanya jika saya ibaratkan cara pandang yang salah ini sebagai racun arsenik buat UMNO yang membunuh secara perlahan-lahan.

Namun keengganan UMNO untuk menerima persaingan secara sihat bukan bermula pada tahun Hizbi diharamkan. Ia telah lama berlaku dan ia adalah antara sebab mengapa UMNO sekarang semakin lemah, dan lawannya PAS, semakin hari semakin kuat dan jauh meninggalkan lawannya. Di bawah ini adalah merupakan beberapa contoh yang saya rasa perlu untuk disebutkan untuk dijadikan iktibar buat UMNO.

UMNO pada tahun 1990 yang tewas kepada PAS di Kelantan, mengekang pelbagai bentuk bantuan kepada Kerajaan PAS. Terbaru adalah penafian royalti minyak untuk Kelantan, walaupun tuntutan tersebut disokong oleh Tengku Razaleigh, bekas pengerusi Petronas sendiri.

UMNO pada tahun 1999 yang tewas kepada PAS di Terengganu, telah merampas royalti milik kerajaan Terengganu pada tahun 2000. Cubaan menghapuskan terus lawannya PAS yang menguasai Terengganu pada waktu itu dengan cara yang kotor.

UMNO dengan kekuasaan mereka, memperalatkan kesemua media massa utama untuk kepentingan mereka. Kesemua berita yang melibatkan lawannya cuba ditonjolkan dalam bentuk yang negatif. Akibat campur tangan melampau ini, majoriti rakyat Malaysia tidak lagi mempercayai media massa yang dikuasai UMNO, dan lebih gemar untuk mendapatkan sumber berita daripada media alternatif.

Kini, keengganan pemimpinnya untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang dalam membahaskan apa yang terbaik untuk negara adalah manifestasi keengganan mereka untuk bersaing secara sihat. Natijahnya pemimpin UMNO dilihat sebagai pengecut dan kurang idea baru dalam membangunkan negara.

Jika dalam dunia perniagaan, umum menyetujui bahawa persaingan akan menatijahkan servis yang lebih baik untuk pengguna. Hukum yang sama juga boleh diguna pakai untuk politik.

Pesan saya buat UMNO. Berubahlah. Bersedialah berlawan secara sihat dengan lawan untuk kebaikan semua. PAS memerlukan saingan yang baik untuk membangun negara!

Saturday 16 February 2013

Pencarian pasangan hidup

Pencarian mencari pasangan hidup bermula ketika saya berumur 18 tahun, saat saya menjejakkan kaki ke kolej persediaan untuk ke luar negara di Lembah Beringin.

Untuk seorang yang cuba mengelakkan percintaan sebelum perkahwinan, tentulah sukar secara logiknya untuk saya mencari teman yang sempurna. Namun saya percaya pada kekuatan doa.

Bertitik tolak daripada keyakinan itulah, saya sentiasa berdoa agar ditunjukkan jodoh yang terbaik. Permintaan yang dibuat tidak spesifik, kerana saya yakin bahawa Allah lebih mengetahui orang yang terbaik dan paling sesuai untuk saya. Seseorang yg nampak cantik pada pandangan luaran dan baik akhlaknya pada pandangan kita, tidak semestinya pilihan yang terbaik.

Saya mengakui dalam tempoh pencarian, hati saya berkenan dengan beberapa orang muslimah. Namun, setiap kali saya beristikharah, setiap kali itu jugalah terjadi sesuatu perkara yang entah bagaimana meyakinkan saya bahawa mereka bukanlah jodoh yang ditentukan ALlah untuk saya.

Perkara ini terjadi beberapa kali. Melangkah ke tahun 2 A Level, pencarian diteruskan di kalangan junior perempuan yang baru mendaftar. Seorang pelajar yang bertudung labuh menarik perhatian saya. Dengan penampilan sebegitu, saya menyangka dia adalah lepasan sekolah agama namun sangkaan saya meleset. Seorang yang sentiasa melazimi solat solat fardhu secara berjemaah di surau kolej, dan sentiasa konsisten menghabiskan waktu rehat untuk Solat Dhuha. Seorang yang sentiasa menundukkan pandangan apabila berselisih. Dia bukanlah lepasan sekolah agama, namun komitmennya terhadap deenul Islam ini boleh saja mengalahkan majoriti lepasan SMKA/Maahad. Ya, saya telah jatuh hati pada akhlaknya.

Saya meneruskan usaha untuk mengenali dirinya. Semakin saya mengenalinya, semakin kuat gerak hati yg mengatakan bahawa dialah jodoh saya. Berselisih dengannya membuat hati saya bergetar dan berdebar. Saya memohon kepada ALlah agar diberikan petunjuk dalam solat istikharah.

Pada suatu malam, saya telah diberikan kekuatan untuk memaklumkan kepadanya tentang gerak hati saya yg merasakan bahawa dia adalah jodoh saya. Secara logiknya, dia selaku seorang yang tidak pernah mengenali saya, pastinya akan meminta masa untuk memikirkan tentang lamaran tersebut. Saranan untuk dia melakukan solat istikharah, memohon petunjuk daripada ALlah pada hemat saya merupakan saranan yang wajar.

Namun jawapan yang saya terima adalah amat mengejutkan. Dia telahpun beristikharah dan dia juga merasakan bahawa saya adalah jodoh yang telah ditakdirkan ALlah untuknya. SubhanALlah. Saya menangis gembira dalam sujud syukur apabila menerima jawapan tersebut. Dialah jodoh dari ALlah yang saya cari-cari selama ini. Maha Suci Allah yang mengatur dan memudahkan urusan ini untuk saya.

Walaupun personaliti kami berbeza (dia seorang yang introvert dan saya extrovert), perbezaan pada dirinya itulah yang melengkapkan hidup saya. Seorang yang menyintai saya dengan sepenuh jiwa. Seorang yang membuatkan saya rasa beruntung kerana memilikinya. Seorang yang lahir ketenangan di hati dan jiwa saya apabila menatap wajahnya. Dialah Wan Nor Balqis, yang telah selamat bergelar isteri sejak tiga tahun lepas. Sungguh saya sayang dan mencintainya kerana ALlah. Moga2 cinta kami berdua adalah cinta yang membawa ke syurga.

Saturday 9 February 2013

ISMA dan pilihanraya


Saya tertarik dengan kesediaan ISMA untuk menyertai pilihanraya. Sebuah gerakan Islam yang sebelum ini memandang sepi dan mencemuh mereka yang terlibat dalam politik kerana dirasakan tidak syar'ie, kini telah menyatakan kesediaan untuk turut bertanding dalam pilihanraya ke 13, sebagai salah satu cara untuk mengekspresikan dakwah mereka.

Terkini, selepas menubuhkan biro politik dan menyatakan kesediaan untuk bertanding, mereka mula mempopularkan satu seruan politik yang berbunyi 'Arus Baru'. Suatu seruan untuk mengutamakan calon muslim yang berwibawa, tanpa mengira parti politik yang diwakili. Seruan yang kelihatan baik dan neutral secara luarannya.  Namun, dengan kenyataan secara konsisten yang menyerang pakatan pembangkang terutamanya PAS,saya tertanya-tanya apakah matlamat sebenar seruan ini. Adakah benar seruan ini adalah untuk mengukuhkan suara orang Islam dalam parlimen untuk memastikan suara dan kepentingan orang Islam dan Melayu terpelihara? Kalau itulah maksud sebenarnya, haruslah seruan ini dibuat dalam keadaan ISMA bersifat neutral dan tidak memihak kepada mana-mana parti. Apa yang terjadi adalah yang sebaliknya. Mereka kelihatan begitu gemar untuk mengikut rentak yang dimainkan oleh parti pemerintah. Segala serangan 'order lama' terhadap Pakatan Rakyat diperkukuhkan dengan hujah-hujah agama oleh ISMA.

Namun, setelah memikirkan 'probable scenario' yang mungkin berlaku saya semakin yakin dan percaya, seruan 'Arus Baru' bukanlah seruan yang 'innocent' dan bersih. Ianya ini tidak lain dan tidak bukan adalah merupakan satu usahasama ISMA dan UMNO, untuk memecahkan undi golongan Islamis. Berikut adalah merupakan 'probable scenario' yang mungkin berlaku dengan penyertaan ISMA dalam PRU ke 13 dengan bantuan UMNO.

1) Dua calon muslim yang bertanding daripada dua parti utama yang berbeza (eg. PAS vs UMNO/ PKR vs UMNO). Untuk senario ini, calon ISMA akan bertanding dengan tiket UMNO melawan calon muslim daripada PKR/PAS. Siapakah yang diharapkan akan mengundi ISMA melalui seruan "Arus Baru" ? .  Pastinya undi yang didambakan adalah daripada golongan Islamis yang mungkin merasakan bahawa calon ISMA lebih berkualiti.

2) Pertembungan tiga penjuru antara dua calon muslim parti utama PR BN serta calon bebas dari ISMA. Undi siapakah yang didambakan ? Sekali lagi untuk senario ini, undi Islamis yang didambakan. Akan berlaku kekurangan undi islamis untuk PAS/PR yang kebiasaannya mendapat undi golongan Islamis, atas alasan calon bebas daripada ISMA mungkin dilihat lebih berkualiti dan patut disokong. ISMA berperanan untuk memecahkan undi.

3) Dua orang bukan Islam daripada parti utama (eg. MCA vs DAP) bertanding dan calon bebas daripada ISMA. Sekali lagi, dalam senario ini, undi islamis yang didambakan. Undi islamis yang spttnya pergi kepada DAP atas kesepakatan Pakatan Rakyat, mungkin akan hilang kepada calon bebas daripada ISMA.
Sekali lagi ISMA berperanan untuk memecahkan undi.

Untuk ketiga-tiga senario di atas, golongan yang paling untung adalah UMNO/BN dan yang rugi adalah Pakatan Rakyat terutamanya Parti Islam SeMalaysia.  yang mungkin berdepan dengan kehilangan sebahagian undi golongan Islamis yang naif dan kurang cermat dalam meneliti perkembangan poliitik tanah air.

Jadi, diharapkan agar golongan-golongan Islamis lebih berhati-hati dan tidak termakan dengan seruan 'Arus Baru' yang cuba untuk kelihatan neutral namun mempunyai agenda yang tersirat. ISMA adalah merupakan kuda tunggangan UMNO BN yang terbaru untuk memecah belahkan undi golongan Islamis. Period!


Thursday 31 January 2013

Untuk tatapan mereka yang ber'ic' 11

Saya dilahir dan dibesarkan di Besut, sebuah daerah dalam negeri Terengganu namun mempunyai dialek yang mirip negeri Cik Siti Wan Kembang. Lokasinya yang lebih hampir dengan Kota Bharu berbanding Kuala Terengganu, menyebabkan keluarga saya memilih KB sebagai destinasi membeli belah kami, sewaktu Besut masih belum mempunyai Pasarayanya sendiri. Sewaktu menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang di Selangor, rakan-rakan rapat saya juga kebanyakannya dari kalangan orang Kelantan. Tidak hairanlah sebagai seorang anak kecil, saya lebih selesa untuk menyokong pasukan bola sepak Kelantan berbanding Terengganu. Rasa kebersamaan saya adalah lebih dengan negeri tersebut.

Namun, itu semua tidak dapat mengubah hakikat bahawa saya tetap anak Terengganu yang mempunyai nombor 11 di tengah-tengah kad pengenalan
diri. Alhamdulillah, setelah berkelana untuk belajar sejak 1997, saya akhirnya pulang untuk berbakti di Terengganu sejak 2009. Bermula daripada detik itulah rasa cinta dan sayang kepada negeri ini semakin menebal. Kecintaan yang mencetuskan keinginan untuk melihat negeri ini terus maju dan berdaya saing. Kecintaan yang melahirkan rasa tanggungjawab utk sama-sama membangunkan negeri.

Namun melihatkan kepada bajet negeri Terengganu untuk tahun 2012, saya sedikit gusar. Jumlah bajet sebanyak rm 1.8 billion untuk penduduk seramai 1.2 juta adalah cukup mewah jika dibandingkan negeri lain di Malaysia. Untuk perbandingan, negeri termaju di Malaysia, Selangor membajetkan RM1.4 billion untuk rakyatnya yang 4 kali lebih tinggi berbanding negeri Terengganu. Namun, jika dilihat dengan lebih teliti, 90% peratus daripada perolehan negeri ini datangnya daripada minyak. Tanpa sumber minyak, negeri ini tidak akan mampu hatta untuk membayar gaji staf kerajaan negeri Terengganu sekalipun. Memandangkan minyak merupakan sumber asli yang terhad, yang boleh habis sebagaimana habisnya bijih timah di Perak, pemimpin politik Terengganu harus lah mempunyai perancangan untuk membangunkan ekonomi yang akan memastikan kemandirian negeri ini sesudah habisnya sumber minyak dalam masa 30-40 tahun akan datang. Namun, melihatkan kepada ekonomi negeri pada hari ini yang jauh ketinggalan hatta kepada jirannya Kelantan, saya mempunyai sebab untuk merasa risau.

Terkini, kerajaan pusat dengan 'government transformation programme' nya, giat berusaha untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. Namun, melihatkan kepada senarai 'high impact project' yang dilaksanakan, saya tertanya-tanya kenapakah negeri Terengganu keciciran. Projek petrochemical complex yang menelan belanja billion ringgit akan dibuat di Pengerang Johor, 'Palm Oil Industrial Cluster' yang telah berjaya menarik pelaburan bernilai RM 2 billion di buat di Lahad Datu Sabah dan beberapa projek lain di seluruh negara.

Dengan pendapatan hasil minyak yang mencecah puluhan billion setiap tahun yang disalurkan kepada kerajaaan pusat, adalah wajar untuk Terengganu diberikan kutamaan untuj projek-projek besar sebegini. Namun, disebabkan lemahnya desakan politik kepada kerajaan pusat oleh pemimpin-pemimpin negeri menyebabkan Terengganu hanya mampu berputih mata. Menambah lagi derita orang Terengganu ialah apabila Kerajaan Negeri, menarik balik saman terhadap kerajaan Persekutuan dalam isu wang royalti petroleum.

Untuk yang tidak arif tentang isu royalti minyak ini, saya fikir wajar untuk saya ceritakan secara ringkas. Perjanjian antara Pengerusi Petronas yang pertama, Tengku Razaleigh Hamzah pada awal 1970an yang menyebut 5% daripada hasil minyak yang diambil daripada negeri Terengganu akan dibayar kepada kerajaan negeri setiap tahun. Sejak bermulanya pendaratan minyak di Kemaman, negeri ini telah menikmati pembayaran konsisten sebanyak 5 peratus setiap tahun. Namun semua itu berubah apabila PAS menguasai kerajaan negeri pada tahun 1999. Atas dasar politik sempit, salah seorang pemimpin UMNO Terengganu telah mencadangkan kepada kerajaan pusat agar menghentikan bayaran kepada kerajaan negeri. Royalti minyak Terengganu yang sepatutnya menjadi hak mutlak negeri terengganu yg telah dibayar saban tahun sebelum 1999, telah diturunkan tarafnya kepada wang ehsan oleh Kerajaan Pusat. Terpulang kepada Kerajaan pusatlah, kepada siapa dan berapa jumlah yang perlu diberikan. Ia bergantung kepada budi bicara persekutuan. Untuk sebuah negeri yang 90peratus perolehannya adalah daripada minyak, ini adalah suatu yang menakutkan. Ketiadaan sumber kewangan daripada minyak ini boleh menyebabkan kerajaan Terengganu lumpuh.

Penarikan saman terhadap kerajaan persekutuan hanya memburukkan keadaan. Dari segi perundangannya, kerajaan negeri telah bersetuju bahawa mereka tidak mempunyai hak terhadap duit minyak. Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya yang memerintah persekutuan Malaysia adalah Pakatan Rakyat (PR) dan yang memerintah negeri Terengganu adalah Barisan Nasional. Tentunya PR dari segi undang-undangnya boleh untuk tidak memberikan walau sesen pun kepada kerajaan negeri, hasil daripada permainan politik sempit pemimpin Terengganu.

Sepatutnyalah ahli-ahli politik negeri Terengganu mencontohi sesetengah ahli politik di Kelantan yang sanggup mengetepikan perbezaan politik dalam memperjuangkan nasib orang Kelantan. Dato' Mustapha Mohamad sebagai contoh adalah tokoh UMNO berusaha bermati-matian untuk membawa masuk pelbagai projek pembangunan kerajaan pusat, walaupun yang memerintah adalah kerajaan daripada Parti PAS. Tidak hairanlah dengan sumber kewangan yang jauh lebih rendah, ekonomi Kelantan kini dilihat lebih maju dan berdaya saing berbanding Terengganu. Tengku Razaleigh Hamzah juga menyokong tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan walaupun beliau sendiri adalah ahli Parlimen BN. Dengan tekanan secara sistematik oleh semua rakyat Kelantan, saya yakin mereka akan memperoleh royalti yang diidamkan.

Atas sebab itu, saya menyeru semua rakyat negeri ini, bersatu hati untuk memperjuangkan royalti yang merupakan hak kita bersama, sebelum negeri ini kehabisan sumber aslinya. Saya juga mohon rakyat ini lebih bijak untuk menolak mana-mana pemimpin yang mengamalkan politik sempit yang merugikan negeri, tidak kiralah pemimpin itu dari parti UMNO atau PAS. Moga-moga kita semua berjaya mewujudkan iklim politik yang lebih sihat pada masa akan datang.

Dr Tuan Muhd Fairuz Bin Tuan Ismail





Friday 25 January 2013

Surat terbuka kepada rakan-rakan bukan Islam

Ketika mana Perkasa, sebuah NGO Melayu, dengan mudahnya melabelkan sesetengah orang bukan Islam sebagai Kafir Harbi (golongan bukan Islam yang wajib diperangi) , minda saya terimbau pengalaman kursus dakwah yang pernah saya sertai sekitar 9 tahun yang lalu, di Kolej Matrikulasi Yayasan Saad (sekarang telah bertukar nama kepada Kolej Yayasan UEM)

"Orang Kafir adalah merujuk kepada segolongan manusia yang menolak setelah sampainya kebenaran Islam kepada mereka. Jadi, bolehkah kita melabelkan orang bukan Islam di Malaysia sebagai kafir sewenang-wenangnya, sedangkan orang Melayu, tidak pernah menyampaikan Islam kepada mereka. Kalaulah saya mati sebagai seorang bukan Islam, pasti saya akan dakwa rakan-rakan Melayu di hadapan ALlah kerana tidak pernah bercakap atau menyampaikan Islam walaupun telah berkawan dengan mereka sejak kecil." Itulah luahan kekecewaan salah seorang penceramah yang merupakan bekas pendakwah Kristian, tentang kurangnya kesungguhan di kalangan orang Melayu untuk menyampaikan Islam kepada golongan non-muslim di Malaysia. Saya sedar bahawa saya juga termasuk dalam kalangan Melayu yang disebutkan. Walaupun tahu bahawa Islam adalah agama yang benar, namun atas kelemahan diri saya sendiri, masih belum mampu untuk berkongsi keindahan Islam dengan rakan-rakan non-muslim.

Jadi tulisan saya ini tujuannya adalah untuk mengajak rakan-rakan non Muslim yang mengenali saya, untuk mengenali agama Islam. Moga-moga ia boleh menjadi hujah kepada saya di hadapan Tuhan bahawa saya telah berusaha untuk menyampaikan Islam kepada anda. Saya mohon maaf, sekiranya ada akhlak saya yang tidak baik sebelum ini yang menyebabkan anda tidak berminat untuk mengenali agama yang mulia ini.

Islam adalah agama yang diturunkan sejak daripada lahirnya manusia pertama iaitulah Adam dan pasangannya Hawa (juga di kenali sebagai Eve oleh orang Kristian). Mesej agama ini disampaikan melalui Rasul-rasul (prophets) yang diutuskan Tuhan. Apabila berlaku kerosakan pada mesej agama disebabkan tokok tambah manusia, Tuhan mengutuskan Rasul-rasul, untuk membetulkan kembali mesej agama yang rosak. Nuh (Noah), Musa (moses), Isa (Jesus) adalah merupakan antara rasul-rasul yang pernah diutuskan. Muhammad adalah merupakan rasul terakhir yang diutuskan, juga untuk membetulkan mesej ketuhanan yang telah rosak eg.Isa yang merupakan seorang Rasul, telah dianggap sebagai anak Tuhan oleh orang Kristian.


Setiap rasul ini diberikan mukjizat (miracles) sebagai bukti bahawa mereka adalah utusan Tuhan. Musa (moses) sebagai contoh diberikan Tuhan kebolehan membelah laut, sewaktu dikejar Firaun (Pharaoh). Daud (david) diberikan kebolehan membengkokkan besi dengan tangan kosong. Muhammad sebagai Rasul terakhir, yang membenarkan rasul-rasul yang pernah datang sebelum baginda, juga dikurniakan mukjizat iaitulah kitab Al-Quran. Sebuah kitab yang bait-baitnya berjaya mengalahkan syair-syair terbaik pada waktu itu. Adalah mustahil bait-bait indah tersebut dihasilkan oleh seorang yang buta huruf bernama Muhammad. Inilah mukjizat yang membolehkan ramai orang Arab menerima Islam. Namun, selaku nabi terakhir, baginda bukanlah hanya diutuskan untuk orang arab 1400 tahun dahulu. Islam yang dibawa baginda juga merupakan agama untuk manusia yang hidup pada hari ini, iaitulah zaman sains dan teknologi. Kerana itulah di dalam Al-Qur'an terdapat banyak fakta-fakta sains, yang hanya dapat disahihkan sekitar 100 tahun kebelakangan ini melalui kajian dan penyelidikan. Ia adalah sebagai bukti kepada umat sains dan teknologi hari ini, bahawa Islam adalah agama yang benar, yang diutuskan melalui rasul yang terakhir, bernama Muhammad. Walaupun AlQur'an bukanlah 'book of science', ia adalah 'book of signs' untuk mereka yang berfikir dan berkehendakkan kebenaran.


Moga rakan-rakan sekalian boleh mengambil sedikit masa untuk membaca mukjizat (miracles) terbesar Muhammad ini. Boleh lawati website berikut : http://www.quranmiracles.com/

Moga-moga kalian bertemu dengan kebenaran. Amiin (Amen).

Friday 18 January 2013

Tuan Irfan Hakim: Diari ke-3 (1 bulan)

Hari ini genap umur irfan satu bulan. Wah, irfan dah besar!

Hari ni, abi ada. Kami berdua dengan opah bawa irfan ke klinik kesihatan untuk imunisasi irfan yang kedua (hepatitis B dos kedua). Irfan kena cucuk kat peha kanan. Irfan menangis, tapi sekejap je. Anak umi kan tabah dan kuat.

Lepas habis kena cucuk, abi bawa irfan, umi dan opah jalan-jalan sekitar ipoh (naik kereta myvi tok sebab abi balik naik bas). Irfan senyap je duduk dalam kereta. Anak umi ni suka berjalan ehh...hehe. Suka umi tengok irfan happy cam tu. Abi bawak tengok kawasan perumahan baru. Saje tengok design rumah cantik-cantik, nak beli tak mampu. Huhu.

Balik je rumah, irfan kepenatan...menyusu sekejap je lepas tu irfan tidur nyenyak. Itulah kisah irfan pada harijadi satu bulan irfan...

Umi sayang irfan anak umi yang manja nih, walaupun suka menangis. Semoga menjadi penyejuk mata abi dan umi.