Thursday 27 December 2012

Tuan Irfan Hakim: Diari 1

18 Disember 2012, 2.00 pagi:
Ummi rasa sakit perut, macam nak buang air besar. Sakit di 'left iliac fossa'. Ummi berusaha untuk buang air besar, tapi tak dapat. Ummi rasa ummi 'constipation'. Tapi sakit perut tu sangat sakit. Ummi sampai kejut abi. Ummi tak rasa contraction pun. Cuma sakit macam sembelit. Kesian abi kene kacau dengan ummi. Abi tepuk-tepuk dan peluk ummi je.


18 Disember 2012, 5.00 pagi:
Dari pukul 2 pagi ummi tak senang tidur. Ummi tidur dalam 5-10 minit, ummi terjaga-jaga. Tidur ummi terganggu dengan sakit perut yang tak hilang-hilang. Bermula dari 5 pagi, ummi rasa sakit perut kat left iliac fossa tu regular. setiap 20 minit sekali, tapi tak ada contraction pain. Mula pukul 5.45 pagi, ummi rasa contraction pain, dah tak de dah left iliac fossa pain. Regular, every 15 minutes. Abi rasa perut ummi, nak confirmkan contraction pain. Memang ada contraction pain. Ummi terus telefon tok dan opah di Ipoh. Mereka berjanji akan bertolak hari itu juga. Ummi tak ada siapa-siapa kat sini, kecuali abi seorang.

Ummi cek semula beg ummi dan beg irfan, takut ada tinggal barang-barang keperluan. (Ummi dan sediakan sehari sebelum irfan keluar). Lepas mandi dan solat subuh, ummi dan abi bergegas ke hospital. Sebelum bertolak ke hospital, Ummi minta abi basuhkan kurma untuk ummi untuk ummi makan, sebagai tenaga untuk melahirkan irfan nanti. Ummi makan 7 biji kurma, mengambil ibrah dari kisah Maryam dalam melahirkan Nabi Isa a.s.

Ummi dan abi tiba di hospital dalam jam 7.30 pagi. Bukaan sudah 5cm, seperti yang ummi selalu cakap-cakap dengan abi, "kalau nak bersalin nanti nak tunggu 5cm lah, nanti boleh terus masuk labour room. Tak nak masuk wad." Tapi malangnya ummi tak dapat masuk terus ke labour room macam yang ummi cita-citakan. Labour room penuh. Musim beranak agaknya. Ummi terpaksa juga transit di wad.
 

18 Disember 2012, 10.00 pagi:
Ummi ditolak masuk ke labour room. Ummi minta abi sentiasa berada di sisi ummi. Ummi takut, berdebar, walaupun sepanjang mengandung Ummi sentiasa amalkan surah Maryam dan Yusuf. Kalau tak sempat baca pun, ummi dengar dalam kereta on the way pergi kerja dengan harapan irfan dengar sekali.

Alhamdulillah, proses melahirkan Irfan tidaklah serumit mana. selepas 2 jam berada di labour room, ummi melahirkan Irfan dengan abi di sisi. Sebaik sahaja Irfan keluar, Irfan diazankan oleh abi. Irfan comel sangat. Mestilah, irfan kan ahli syurga, tiada dosa, sebersih kain putih. Abi dan ummi gembira dan bersyukur sangat Irfan dilahirkan sihat, tiada komplikasi, cuma tachypnic sekejap je.



18 Disember 2012, 4.00 petang:

Ummi dipindahkan ke wad selepas bersalin. Ummi, abi dan irfan. 3 orang je dalam bilik tu. Abi bayar lebih supaya ada privasi. Ummi dan abi cium-cium irfan. Ummi cuba untuk breasfeeding irfan. Tapi ummi kekok. Ummi tak pandai. Irfan pun tak pandai menghisap lagi. Ummi jadi stress. Abi cuba menenangkan ummi. Ummi serabut. Ummi menangis. Ummi takut Irfan lapar. Abi yang rasional menenangkan ummi. Tok dan opah dari Ipoh tak sampai lagi waktu tu. Ummi rasa terkapai-kapai, berdua dengan abi.

Mujurlah tok dan opah Ipoh sampai malam tu. Ummi pun rasa tenang sikit. Abi pun mesti rasa lega. Esoknya ummi keluar hospital. Kami bermalam di rumah ummi dan abi dulu. Keesokannya baru kami bertolak ke Ipoh. Sebelum tu, abi menjalankan tanggungjawabnya, buat mykid untuk irfan, pergi ke klinik kesihatan untuk bagitahu ummi akan berpantang di ipoh. Abi memang peneman setia ummi. Bila irfan jaga, dia tolong ummi. Ummi sangat sayang abi. Bila dah besar, Irfan kene dengar cakap abi ok.

 Ini gambar irfan waktu irfan lahir. Abi yang ambil gambar irfan ni. Abi upload kat facebook. Banyak ucapan tahniah dan doa yang kami terima.





Nanti ummi update cerita irfan lagi. Ok irfan, jadi anak yang soleh ye!





Sunday 9 December 2012

Kerjaya doktor sebagai satu cabang dakwah


Syukur ke hadrat ALlah, saya dibesarkan oleh keluarga dalam suasana beragama, yang saya kira merupakan nikmat terbesar yang dikurniakanNya.

Mengimbau kembali zaman ssekolah rendah saya, menyambung pelajaran ke sekolah menengah agama berasrama penuh juga merupakan cita-cita tertinggi saya ketika dalam darjah enam. Nostalgia sungguh bila diingatkan oleh ayah tentang perihal saya yang saban hari mendirikan solat hajat agar dapat 4A ( maksimum hanya 4 pada waktu itu) serta berjaya di terima masuk ke sekolah menengah agama persekutuan kajang.

Alhamdulillah, Maha Suci Allah, kedua-dua permintaan saya yang saya kira  begitu spesifik dimakbulkan. Bayangkan, daripada lebih 30 sekolah berasrama penuh yang ada pada ketika  itu, saya terpilih untuk masuk ke sekolah yang saya idam-idamkan tanpa menggunakan campur tangan orang-orang besar.  Peluang saya dari segi matematiknya walaupun hanyalah sekecil 1/36, namun jika Dia berkhendakkan sesuatu dan berkata jadilah (Kun), maka terjadilah (fayakun) perkara tersebut. Selalulah meminta dengan ALlah dan tidak ada sesuatu yang mustahil bagi ALlah. 

Di sekolah inilah saya mula belajar tentang Islam, tentang dakwah.Sewaktu di tingkatan empat, kami telah dikunjungi oleh seorang doktor yang memberikan ceramah tentang Islam. Dengan kepetahannya berhujah persis seorang ustaz, ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang dihafalnya, saya menanam keazaman untuk menjadi sepertinya. Seorang doktor dan pada masa yang sama seorang pendakwah! Jika saya pada waktu itu boleh terkesan dengan dakwah daripada doktor tersebut, mungkin ada pada suatu hari nanti, jiwa-jiwa yang bersih yang terkesan dengan kata-kata saya suatu hari nanti. Itu niat saya pada waktu itu. Sungguh besar jasa doktor tersebut terhadap saya dan InsyaALlah saya berazam untuk menelusuri jalan yang sama.

Sememangnya kerjaya sebagai seorang doktor amat dipandang tinggi dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Dengan kedudukan tersebut, doktor adalah kelompok manusia yang kata-kata mereka mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam masyarakat. Alangkah indahnya tatkala mana memberi saranan tentang kesihatan, pesakit diingatkan juga tentang kebergantungan kepada ALlah melalui doa dan bertawakal, setelah gigih berusaha dalam perawatan sesuatu pesakit. Inilah cabang dakwah yang boleh dimainkan oleh mereka yang bergelar doktor perubatan.


Anda ingin berdakwah di jalan ALlah? Jadikan doktor sebagai kerjaya !